Sunday, October 10, 2010

Tragedi 10-10-10 - Kemalangan Maut di Alor Gajah, Melaka




Dalam pada semua yang sibuk nak melakar sejarah bagai hari ini terdapat tragedi yang dipercayai telah meragut lebih dari 10 nyawa. Kejadian tersebut berlaku di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka lewat jam 6 petang.

Kejadian bermula apabila Bas Ekpress delima dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan dari Seremban ke Melaka, Turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah sebuah Bas dari Jabatan Kebajikan masyarakat dan beberapa buah kenderaan lain, Sebuah kereta terbakar dan sebuah lagi terperosok dibawah bas berkenaan.

Orang Ramai dilihat sedang membantu mangsa kemalangan dan didapati mayat bergelimpangan di jalan raya keadaan mayat juga amat menyedihkan ada yang putus tangan, pecah kepala, dan hancur badannya. - Sumber dari Harakahdaily


Kredit kepada Finaz kerana memberi gambar ini kerana beliau sedang otw ke KL semasa kejadian berlaku

No comments:

Post a Comment